Seberang Perai Fiesta 2017

August 24, 2017

August 27, 2017

10:00 To 23:00

Seberang Perai Fiesta, 24 - 27 Ogos 2017, JOM!

[Video]Seberang Perai Fiesta, 24 - 27 Ogos 2017, JOM!

Posted by Buletin Mutiara on Thursday, 17 August 2017

Event Description

Seberang Perai Fiesta 2017

Ekspo pertanian, penternakan, perikanan dan usahawan terbesar di Pulau Pinang, Seberang Perai Fiesta 2017 kini kembali lagi. Fiesta ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Pertanian & Industri Asas Tani.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Seberang Perai Fiesta kali ini menampilkan kolaborasi tiga acara iaitu Agrofest, Penang Food Mega Festival dan Festival Seni Northsantara Art Wave.

“Saya percaya pelbagai aktiviti telah disusun rapi dan pengunjung akan dapat menikmati pelbagai jenis makanan, hasil pertanian yang segar dan bersama-sama melakukan aktibiti seni yang menarik. “Pengajuran fiesta ini akan memberikan gambaran sebenar industri pertanian dan industri asas tani di negeri ini yang berkembang pesat dan menjadi salah satu sektor yang kompetitif, dinamik dan menguntungkan,” ujarnya pada sidang media di Komtar tadi.

Dalam pada itu, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin yang hadir sama memberitahu, perasmian Seberang Perai Fiesta 2017 akan disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas pada 25 Ogos ini bermula jam 8 malam.

“Kita menjangkakan sambutan yang hangat kerana terdapat pelbagai acara baru yang menarik termasuk penampilan pelukis-pelukis tempatan terkenal dan juga artis-artis tempatan bagi memeriahkan fiesta empat hari ini.

“Tahun lalu, lebih 100,000 pengunjung hadir dan kali ini pasti lebih meriah…jadi saya ingin mengajak semua warga Pulau Pinang untuk sama-sama hadir ke Seberang Perai Fiesta 2017 pada 24 hingga 27 Ogos ini,” katanya.

Penutupan jalan susur Lebuhraya BKE dari arah Butterworth ke Lebuhraya PLUS arah Utara.

Seberang Perai Fiesta 2017_road closure

Dalam pada itu, Afif turut mengumumkan penutupan jalan susur Lebuhraya Butterworth – Kulim Expressway (BKE) dari arah Butterworth ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara bermula dari pukul 9 pagi pada 24 Ogos ini sehingga 11 malam pada 27 Ogos bagi memberikan aliran lalulintas yang teratur semasa penganjuran Seberang Perai Fiesta 2017.

“Kenderaan dari Butterworth yang melalui Lebuhraya BKE perlu membuat pusingan di bulatan Seberang Jaya untuk ke Sungai Dua atau arah utara.

“Orang ramai atau pengunjung yang ingin mengunjungi Seberang Perai Fiesta dinasihati supaya mematuhi segala arahan trafik dari masa ke masa serta merancang perjalanan masing-masing.

“Sebagai tambahan, perkhidmatan shuttle turut disediakan bagi kemudahan pengunjung untuk ke tapak ekspo iaitu di hadapan SP Arena dan Pasaraya Billion, Seberang Jaya. Masa perkhidmatan adalah dari jam 5 petang sehingga 11 malam.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : LAW SUUN TING
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD

Visited 119 times, 1 Visit today

Add a Review

Rate this by clicking a star below:

Related Events

Sunway Carnival Mall Jalan Todak Seberang Jaya Perai Penang Malaysia

September 2, 2016 To September 4, 2016

10:00 am To 10:00 pm

We’re coming back again with bringing you a lot of amazing deals! Enjoy wonderful deals and offers from our exhibitors plus complimentary goody-bags for the first 500 customers on each day. Read more…

Jalan Todak 2 Seberang Jaya Perai Penang Malaysia

April 2, 2017

6:00 am To 12:00 pm

Read more…

Sunway Carnival Mall Jalan Todak Seberang Jaya Perai Penang Malaysia

June 15, 2016 To August 31, 2016

10:00 am To 10:00 pm

What are you waiting for? It’s time to shop, shop and shop again! Let’s take this opportunity to steal the best deals at your best-loved stores and Bingo your way to awesome prizes during this 1Malaysia Mega Sale Carnival 2016 at Sunway Carnival Mall. Read more…